Sesebuah negara akan melalui pelbagai perubahan dalam struktur ekonomi dan politik dalam usaha mencapai kemajuan. Malaysia juga tidak terkecuali di mana ia telah melalui beberapa tahap perubahan dalam struktur ekonominya. Bermula era pra- kemerdekaan dengan ekonomi lassiez faire di mana barangan di dagang secara barter trade. Selepas kemerdekaan ekonomi moden muncul dengan penggunaan matawang secara meluas namun ekonomi negara masih bergantung kepada komoditi utama seperti getah dan bijih timah. Pada masa itu, tumpuan adalah diberikan kepada pembangunan infrastruktur seperti pembinaan jalan raya, pelabuhan dan lapangan terbang serta memajukan kawasan luar bandar dengan penyediaan kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik, kesihatan dan pendidikan. Pada tahun awal lapan puluhan, berlakunya kemelesatan ekonomi akibat kejatuhan harga barangan komoditi utama, dasar negara difokuskan untuk mempelbagaikan asas ekonomi negara. Muncul pelbagai dasar ekonomi termasuk Pelan Induk Perindustrian dan Dasar Pertanian Negara. Negara mencapai kemajuan yang amat membanggakan dengan ekonomi mencatat pertumbuhan dua digit. Seterusnya dalam tahun sembilan puluhan dengan perkembangan pesat teknologi dan pengunnaan meluas komputer, tumpuan diberi kepada pembangunan tekonologi maklumat dan komunikasi. Malaysia juga tidak ketinggalan dengan membangunkan kawasan Multimedia Super Koridor dengan menarik pelbagai syarikat multinasional untuk melabur di Cyberjaya.
Kini, ekonomi dunia telah menjadi begitu integrated dimana setiap perkembangan berlaku di satu sudut akan mempunyai implikasi ke atas negara lain. Pelbagai istilah telah muncul seperti dunia tanpa sempadan (borderless world), dunia adalah mendatar (the world is flat) dan rakan kerjasama global (global partnership). Struktur ekonomi juga berubah kepada pergantungan terhadap unsur kreativiti serta berasaskan pengetahuan Setiap negara mesti memiliki kelebihan bersaingan sekiranya mahu terus maju dan ekonominya pula bertahan segala macam cabaran dalaman dan luaran.
Dalam usaha untuk terus survive dalam perlumbaan kemajuan, Malaysia mesti mengambil langkah strategik dalam menggunakan sumbernya untuk mencapai hasratnya. Kita tidak boleh maju dengan memberi tumpuan kepada semua bidang. Kita perlu memilih bidang yang kita memiliki kelebihan (niche areas). Masalah utama kita ialah semua bidang ingin dimajukan dan diceburi dan tidak memcapai hasil yang memuaskan. Bak perpatah Inggeris `Jack of all trades master of none’. Fokus pembangunan kepada bidang kelebihan kita seperti kewangan Islam, halal hub, bioteknologi terutamanya berkaitan herba tempatan dan pelancomgan.
Tahap hasil penyelidikan dan pembangunan (P&P) yang dikomersilkan dapat menentukan kelebihan sesebuah negara samada dapat terus bertahan dan maju dalam era perlumbaan mencipta teknologi dan produk baru. Negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun serta negara kearah menjadi negara maju seperti Korea Selatan, Taiwan dan Singapura, kesemuanya menumpukan kepada usaha hasil penyelidikannya. Di Malaysia, dalam Rancangan Malaysia Kelapan sebanyak RM926.6 juta diperuntukkan untuk usaha P&P dan angka ini bertambah kepada RM 1.58 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Persoalannya, sekiranya dibandingkan dengan peruntukan yang sebegitu besar dan hasil penyeldilikan yang dikomersilkan adakan ianya memuaskan. Saya tahu ada yang akan berkata bukan semua penyelidikan bertujuan untuk dikomersilkan dan ada berbentuk penyelidikan basic atau fundamental bertujuan mencipta teori baru. Namun hakikatnya tumpuan yang lebih mesti diberi kepada penyelidikan berbentuk applied sekiranya kita mahu menjadi pencipta teknologi baru. Kita sebenarnya mempunyai ramai cerdik pandai dan saintis tempatan yang mampu merealisasikan impian negara menjadi diantara pemimpin teknologi baru (technology leaders). Penyelidikan juga mesti ditumpukan kepada niche areas dalam bidang berkaitan pelbagai sumber asli yang terdapat di negara kita. Usah kita bersaingan dalam bidang baru (green areas) yang mana telah lama diterokai negara lain. Kita tidak upaya bersaing dan tambahan pula hanya menghabiskan sumber kewangan negara yang sepatutnya boleh digunakan untuk pembangunan lain. Peruntukan pembangunan adalah permainan angka sifar (zero-sum-game), iaitu kalau digunakan untuk satu tujuan maka mesti kita meninggalkan hasrat kegunaannya untuk tujuan lain.
Seperkara lagi ialah modal insan kita mesti sanggup menghijrah minda untuk menerima perubahan. Manusia lazimnya lemas dalam gaya hidup seharian dan menentang perubahan. Zaman Nabi s.a.w beliau berjihrah dari Mekah ke Madinah kerana mahu membawa pembaharuan untuk terus mengembangkan syiar Islam ke serata dunia dan Baginda berjaya berbuat demikian. Umat Islam amat beruntung kerana mereka memiliki Al-Quran dan Al-Hadith untuk menjadi panduan dalam semua aspek hidup seharian dan pembangunan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial. Persoalannya berapa ramai menghayati dan mengimplementasi ajaran Islam.
Di samping itu, kepada pemuda-pemudi yang kreatif dan innovatif terutamanya yang mencari nafkah di luar negara diseru kembali ke negara ini untuk membantu dalam pembangunan negara. Kepada generasi yang lebih matang diajak menerima arus perubahan yang melanda segenap pelusuk dunia. Ide, kreativiti dan kepandaian tidak harus dilenyapkan dan dipersiakan hanya kerana aspek tersebut datang dari golongan muda. Umur hanyalah angka tetapi yang lebih penting adalah ide bernas bagi membawa kemajuan.
Sebagai kesimpulan saya menyeru setiap rakyat berhijrah mengubah minda mereka untuk menerima perubahan sekiranya ia baik untuk pembangunan negara. Dasar, peraturan dan amalan yang lapuk di gantikan dengan yang baru mengikut kehendak peredaran zaman sekiranya baik dan tidak melanggari hukum Islam.

Note: For your info, I have sent this post to Utusan Malaysia. Let us see whether it get published. I have used my real name.