Thursday, February 14, 2008

Mental Chemistry

I have not been writing for the whole January 2008. It was a busy month, with lots of work and weddings to attend. It’s already the beginning of a new year, moving fast and without realizing, it’s already February. Another cycle of life for this year – hope new things will happen in my life. Christine came back but will be leaving soon for U.K. I will surely miss her. Lately, I have not been communicating well with her, always arguing about things. Hope she will be successful in her work in the U.K. Marmalade used to say you won’t treasure a person when they are near to you but you will when they are not with u anymore. By the way, Marmalade is also leaving for six month course. Good friends are all going far away. The same thing happened more than a year ago, Noorul went to WB for a period of two years.

You don’t meet or easily get to know good friends. Most of them would like to take advantage of you. But lucky me, some of whom I mentioned their names above are good friends. Good friends are rare species. You need good friends with the same mental chemistry (although Tresna (the lover) and Marmalade (the warrior) do not agree with this term – according to them there is no such thing as mental chemistry). Mental chemistry means the mindset, thinking pattern, knowledge that can all be tuned together among friends or can tolerated by each other. If there is an argument or disagreement, it would not lead to confrontation but would be more of a professional discourse.

You don’t have this kind of friends. Most friends want to put through their views, preferences and ideas. There is no more team spirit or oneness in thinking wavelength. It’s more of an individualistic approach and self-centred. In this kind of environment friends will each fight for glory and success without caring for others and even to the extent of backstabbing close friends.
It’s no more mental chemistry, it’s mental torture.

Penghijrahan Minda Menentukan Kemajuan Kelantan

Saya telah menjadi ahli panel pengulas dalam seminar mengenai pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) anjuran Majlis Kemajuan Kelantan (MKK) pada 3 Februari 2008. Seminar berkenaan telah dihadiri kebanyakkannya anak Kelantan yang terdiri daripada ahli politik dan akademik, golongan professional, komuniti perniagaan dan pegawai Kerajaan. Saya terpanggil untuk menulis supaya lebih ramai rakyat Kelantan mahupun yang menetap di Kelantan atau yang tinggal di negeri lain serta yang menetap di luar Negara untuk sama-sama merenung mengenai ECER dan masa hadapan negeri Kelantan.

Kerajaan Pusat melalui Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe9) mengumumkan pembangunan kawasan-kawasan koridor, termasuk ECER bukan sahaja untuk mengurangkan jurang pembangunan di antara kawasan bahkan untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk setempat. Kerajaan Pusat akan menyediakan suasana yang kondusif seperti infrastruktur yang mencukupi serta jentera pentadbiran kerajaan yang efisyen supaya sektor swasta dapat membangun dan menjana pertumbuhan kawasan koridor ini.

Kalau kita lihat negeri Kelantan khususnya, data-data mengenai pembangunan negeri Kelantan yang lalu adalah tidak begitu mengalakkan menunjukkan perbandingan di antara semua negeri Kelantan mempunyai kadar pertumbuhan ekonomi yang paling rendah iaitu 3.3% - 2001-2005 dan di anggarkan 5.2 % bagi tempoh 2006 -2010. Walaupun kadar kemiskinan terus dikurangkan kepada 10.6 peratus di Kelantan pada tahun 2004 namun ianya tinggi berbanding 5.7% bagi Negara secara keseluruhannya.

Dari segi jumlah projek sektor pembuatan yang diluluskan di negeri kelantan adalah hanya 40 drp jumlah 4,807 projek bagi Malaysia bagi tempoh 2001-2005. Semua data ini boleh diperolehi dalam dokumen RMKe9


Oleh itu, usaha yang sepadu harus diambil untuk membangunkan negeri Kelantan supaya tidak ketinggalan. Kerajaan Negeri pada masa ini tidak mampu membawa perubahan dan pertumbuhan. Namun dengan ECER adalah diharapkan pertumbuhan yang besar dapat kecapi rakyat Kelantan. Untuk pembangunan ECER menjadi kenyataan dan memberi faedah maksimum kepada rakyat Kelantan maka beberapa langkah harus diambil oleh rakyat Kelantan sendiri:


1. Penghijrahan minda – rakyat Kelantan harus membuka minda pemikiran dan berubah supaya dapat lihat jauh akan manfaat pembangunan kepada anak cucu mereka sendiri. Pembangunan seumpama ini tidak menghilangkan hak dan kekuasaan anak tempatan tetapi dalam jangka masa sederhana dan panjang akan membawa kemajuan kepada rakyat dan negeri Kelantan. Oleh itu, usaha Kerajaan dalam memajukan kawasan ECER perlu mendapat sokongan padu daripada Rakyat Kelantan. Kalau tidak pembangunan ECER, terutamanya manfaat kepada negeri Kelantan tidak akan menjadi kenyataan.

2. Modal Insan adalah amat penting bagi membangun sesebuah wilayah atau negeri. Kelantan telah dan akan terus menghasilkan cerdik pandai (best brains) yang berjaya. Anak Kelantan ramai yang berjaya dalam pelbagai bidang termasuk dunia perniagaan, penyelidikan, pendidikan dan hiburan. Malangnya best-brain ini tidak menetap di Kelantan tetapi berhijrah ke negeri lain. Contohnya di lembah Kelang, Singapura dan Johor, malah ada yang menetap di luar negara. Tenaga kerja yang mahir dan berpengetahuan (knowledgeable and skilled workers) adalah prasyarat bagi pembangunan. Rakyat Kelantan yang telah berjaya ini sama-sama boleh menyumbang kepada pembangunan ECER.

3. Keperluan kepimpinan komited dan anggota pentadbiran berkaliber supaya segala perancangan dapat dilaksanakan tanpa sebarang halangan. Tanpa kepimpinan dan anggota pentadbiran yang forward looking dan bervisi pelaksanaan ECER akan menghadapi pelbagai cabaran, terutamanya di negeri Kelantan.


4. Pembangunan sesebuah kawasan memerlukan sistem infrastruktur dan kemudahan awam yang baik. Jalan raya mesti menghubungi setiap bandar serta kawasan perindustrian atau pertanian untuk tujuan pemasaran. Sistem yang tidak baik bukan sahaja melewatkan penghantaran barangan malah meningkat kos kendalian perniagaan dan kawasan tersebut menjadi tidak menarik kepada pelabur dan ahli perniagaan.

5. Kos kendalian perniagaan yang kompetitif adalah persoalan utama golongan peniaga. Permohonan seperti mendapatkan lesen dan hakmilik tanah mestilah diluluskan dengan kadar yang segera. Penyediaan bekalan air dan elektrik serta lain-lain kemudahan juga dibuat cepat.

6. Akhir sekali saya ingin menekan satu isu yang paling mustahak bagi negeri Kelantan khususnya ialah Agama. Pembangunan ECER mesti diasaskan mengikut ciri dan kehendak agama Islam. Projek dan program pembangunan dilandaskan kepada agama Islam. Bagi rakyat Kelantan pula, pembangunan ECER bukan bererti bertentangan dengan ajaran agama Islam. Islam adalah satu-satunya agama yang menyeluruh (all-encompassing) yang menyentuh mengenai kehidupan sementara di dunia ini untuk melengkapkan kita menghadapi hidup kekal diakhirat nanti - it’s a way of life. Kerana itu diturunkan Al-Quran untuk menjadi panduan supaya apa yang harus kita buat di dunia ini semasa kita hidup sekarang supaya hidup kita bahagia selamanya diakhirat. Orang Islam amat bertuah kerana ada Al-Quran yang dapat memandu kita dalam semua aspek hidup di dunia ini. Malangnya ramai yang tidak memahami sepenuhnya isi-maksud Al-Quran termasuk golongan cerdik pandai dan ulamak. Saya tekankan isu ini kerana tidak mahu ada pihak mengunakan agama untuk menolak pembangunan. Islam menyuruh kita buat kedua-duanya amal ibadat dan juga berusaha memajukan diri. Kalau kita berniaga atau menjadi pengusaha kita berusaha gigih mencari kekayaan tetapi mestilah dijalan yang benar. Kalau ramai yang berjaya maka zakat pun banyak dan kita boleh tolong lebih ramai. Disebaliknya, kalau kita semua miskin siapa hendak tolong kita.

Sebagai kesimpulan boleh dikatakan banyak faedah secara lansung dan tak lansung akan dinikmati oleh rakyat Kelantan hasil daripada pelaksanaan ECER. Antaranya, pembangunan negeri Kelantan secara terancang, taraf hidup rakyat ditingkatkan, peluang pekerjaan yang banyak dan ekonomi negeri yang lebih diversified. Dalam seminar berkenaan juga disaran ditubuhkan Virtual Kelantan dimana satu sistem on-line dibangunkan sebagai one-stop centre bagi pelabur dan juga database bagi pengusaha anak Kelantan dalam pelbagai bidang supaya keutamaan pembangunan negeri diberikan kepada anak tempatan.

Dengan ini, saya berdoa dan berharap usaha Kerajaan untuk memajukan kawasan ECER, khususnya negeri Kelantan akan menjadi kenyataan.
Note: I presented this article at the Seminar on ECER and I also sent the article to Utusan Malaysia to be published.