Thursday, December 23, 2010

siapa saya?

saua lurus
saya bengkok
saya panjang
saya bersambung
saya naik
saya turun
saya statik
saya tiada dlm rumah
siapa saya

Wednesday, December 22, 2010

siapa saya?

tommy hilfiger nama pakaian berjenama
siti maryam nama melayu klasik
namaku antara singkatan kedua-duanya


asalku dari negara diutara Malaysia
rakyat negara ini meminatiku
siapa saya

Tuesday, December 21, 2010

siapa saya

siapa saya
ada tiga telinga
satu kepala
dan satu kaki

saya bukan binatang
saya bukan tumbuhan-tumbuhan
semua rumah ada saya

siapa saya

Monday, December 20, 2010

Setahun lagi akan berlalu....

Setahun lagi akan berlalu dalam beberapa hari lagi. Betapa pantas, disedari atau sebaliknya, masa bergerak pantas bagaikan kilat. Kita tua setahun lagi makin dekat dgn panggilan illahi. Rambut yang hitam tukar jadi kelabu and putih. Of course, di zaman modern boleh dye yang putih menjadi warna hitam. Perempuan pulak ada yang dye menjadi blonde.

Cuba kita renung apa yang kita telah capai. Adakah menetapi sasaran awal kita. Atau tidak mencapai target yang ditetapkan. Ada juga diantara yang tidak mempunyai apa-apa perancangan. Mereka hidup bagaikan air dengan arus sungai...ikut sajer.

Kita mesti ada perancang dan sasaran dalam hidup. Setiap manusia yang berjaya mempunyai matlamat yang ditetapkan apa yang ingin dicapai. Setengah ingin menunaikan fardhu haji, ada ingin belajar sesuatu yang baru, ada yang mahu mulakan bznessnya sendiri dan sebagainya. Pada keseluruhannya semua orang mahu maju dalam hidup. Capai kejayaan dan kegemilangan.

So apa perancagan anda bagi tahun 2011?

Thursday, December 16, 2010

Keinsafan

Semua manusia buat kesalahan dan kesilapan. Kesalahan yang dibuat secara sedar dan tak sedar. Kesalahan yang dilakukan tanpa disedari boleh dimaafkan. Kesalahan yang dilakukan secara sedar pula boleh dimaafkan buat pertama kali. Tetapi kalau kesalahan yang sama dilakukan berulang kali keberatan untuk dimaafkan. Ada yang kata dia sudah insaf and diberi peluang kedua - second chance. Peluang kedua boleh diberi kalau benar-benar telaj insaf.

Kadangkala manusia cepat sedar kesilapan dan memohon maaf dan berjanji tidak akan ulang perbuatan yang salah itu. Keinsafan ini akan ikuti dengan taubat bahawa tidak mengulangi perbuatan yang salah itu. Manusia yang sedar dan menyesali perbuatan salah mereka harus diberi peluang. Ada yang akan kata you are forgiven. Dalam Islam di seru umatnya insaf dan mohon maaf serta taubat bagi yang salah manakala orang yang menjadi mangsa mesti memaafkannya.

Masa berlalu tak boleh putar kebelakang, yang dilakukan dan sudah berlalu menjadi kenangan. Manusia boleh mengelak drp perangai jahat. Sebelum berkata apa jua, wahai insan fikirlah dulu. Fikir secara mendalam apa yang hendak dikata dan dilakukan. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Keinsafan dengan penuh keiklasan adalah amat penting. Kejujuran insan susah diketahui. Yang penting biar kita jujur, orang lain terpulang kepada diri sendiri. Tuhan maha mengetahui siapa yang benar.

Siapa jepun tinggi?

seorang jepun tinggi dan seorang jepun pendek hendak melintas jalan
jepun pendek adalah anak kepada jepun tinggi
jepun tinggi bukan ayah kepada jepun pendek
jepun tinggi bukan ayah saudara jepun pendek
jepun tinggi bukan abang jepun pendek
siapa jepun tinggi?

Siapa saya?

saya tak dapat dilihat
tapi saya wujud
tak boleh di pegang saya
tapi boleh dirasa

saya bukan udara
saya bukan angin

kalau saya ada manusia gembira
siapa saya