Thursday, December 16, 2010

Keinsafan

Semua manusia buat kesalahan dan kesilapan. Kesalahan yang dibuat secara sedar dan tak sedar. Kesalahan yang dilakukan tanpa disedari boleh dimaafkan. Kesalahan yang dilakukan secara sedar pula boleh dimaafkan buat pertama kali. Tetapi kalau kesalahan yang sama dilakukan berulang kali keberatan untuk dimaafkan. Ada yang kata dia sudah insaf and diberi peluang kedua - second chance. Peluang kedua boleh diberi kalau benar-benar telaj insaf.

Kadangkala manusia cepat sedar kesilapan dan memohon maaf dan berjanji tidak akan ulang perbuatan yang salah itu. Keinsafan ini akan ikuti dengan taubat bahawa tidak mengulangi perbuatan yang salah itu. Manusia yang sedar dan menyesali perbuatan salah mereka harus diberi peluang. Ada yang akan kata you are forgiven. Dalam Islam di seru umatnya insaf dan mohon maaf serta taubat bagi yang salah manakala orang yang menjadi mangsa mesti memaafkannya.

Masa berlalu tak boleh putar kebelakang, yang dilakukan dan sudah berlalu menjadi kenangan. Manusia boleh mengelak drp perangai jahat. Sebelum berkata apa jua, wahai insan fikirlah dulu. Fikir secara mendalam apa yang hendak dikata dan dilakukan. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Keinsafan dengan penuh keiklasan adalah amat penting. Kejujuran insan susah diketahui. Yang penting biar kita jujur, orang lain terpulang kepada diri sendiri. Tuhan maha mengetahui siapa yang benar.

No comments: