Friday, January 7, 2011

5 Hari Memegang Jawatan Baru

Hari ini Jumaat, 7 Januari 2011, sudah 5 hari aku memasuki pejabat baru dengan PA baru dan PAR baru tetapi driver lama. Suasana agak senyap sunyi di Tingkat 10 berbanding tingkat 9 yang selalunya penuh lively. Saya selau kata; the higher you move the lonely you get. Kata-kata itu benar kerana kawan seharian makin berkurangan. kalau mahu kita harus mencari kawan.

Di tingkat 9 aku harus memikir memerah otak, tetapi disini kurang fikir tetapi membuat keputusan strategik dengan pantas. Fail bertimbun-timbun masuk setiap hari, aku pantas bereskan semuanya. Dealing dengan syarikat swasta dan agensi bermacam-macam. Satu perkara ku perhati ramai yang cuba menegakkan "benang yang basah". Selalunya walaupun dipihak yang salah mereka cuba mengatakan yang mereka itu betul. Ada pula firma konsultan boleh ajer menyesuaikan penemuan-penemuan mereka mengikut kehendak client mereka tanpa mempedulikan kebenaran. So maka menjadi lebih rumit hidup ini bergelut dan berdebat dengan golongan seumpama ini.

Bagiku seperti biasa kepentingan negara mendahului segala-gala kepentingan lain termasuk individu atau syarikat.

3 comments:

Anonymous said...

Tahniah ... i don't really believe the higher u move the lonelier u get, (may be lonely at heart je kut!). Akang byk berkerumum nanti tu. Bak kata pepatah moden 'di mana ada gula di situ semut berkerumum, heh heh hati-hati not all are friends ... true friend sukar dicari.

Kengkawan lama tropong dr jauh je.
Untuk agama, bangsa dan negara.
Tahniah

Anonymous said...

"Bagiku seperti biasa, kepentingan negara mendahului segala-gala kepentingan lain termasuk individu atau syarikat"

Dear sir, im wishing you all the best!

Lady in Red said...

~ congrats Dato'!!.... :)