Masa kecil dulu walau di sekolah atau di luar sekolah kedengaran ungkapan peribahasa. Cikgu mahu pun orang kampung sering gunakan peribahasa dalam percakapan harian. Peribahasa begitu penting..kata nasihat, perli, sindiran, pengajaran, semangat dan kasih sayang. tapi semakin dunia maju jarang kedengaran orang guna peribahasa. Hanya kalu tengok drama purba atau teater.
Tapi saya bukan nak bicara tentang pengunaan peribahasa dalam kehidupan seharian. Apa yang ingin dibicarakan ialah tentang validity atau keboleh terimaan peribahasa lama yang setengah telah ketinggalan zaman dan perlu diperbaiki atau diubah mengikut peredaran masa.
Ingin saya bagi contoh:
1. Biar lambat asalkan selamat ... youngster sekarang kata
Biar Cepat dan pastikan selamat.
2. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit... pula ditukar jadi
Banyak-banyak cepat kaya
3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.. pula diubah
Berat you pikul, ringan saya menjinjing
4. bara yang digenggam biar sampai jadi arang....... digubah jadi
Bara jangan digenggam celup air ajer jadi arang
Itulah antara peribahasa yang diubah suai. Jangan kata peribahasa dijahanamkan. Orang muda zaman sekarang pendapatnya perlu didengar jugak. Peribahasa dicipta lama dulu sekarang zaman sains teknologi....banyak yang berubah.
Apa kata para pembaca budiman....masih valid peribahasa lama?
3 comments:
peribahasa wujud mengikut pengalaman dan waktu pada ketika itu...kenapa pada zaman skrg kita tidak mencipta peribahasa yg baru dan sesuai mengikut peredaran zaman tp biarlah peribahasa itu memberi pengajaran bukan diubah dr yg lama kepada yg baru dgn menggunakan bahasa pasar saja.
habis madu sepah dibuang. i think this still valid.
peribahasa moden...
the flip side of Keynes’ prescription to spend during bad times, is to save during the good times.
sounds ok? too economics? agreeable? or unsunkarable? :-)
Post a Comment