Saturday, November 20, 2010

Why do we live.....kenapa kita hidup

Manusia dilahir di dunia ini mempunyai tujuan. Sepertimana setiap benda yang dicipta semua ada tujuannya walau diguna untuk kebaikan atau untuk keburukan. begitu juga manusia boleh memilih jalan yang benar atau yang salah.

Kerusi dicipta untuk duduk atau unuk mengambil benda di atas tempat tinggi. Kerusi juga boleh digunakan untuk pukul orang. Begitu juga pisau, boleh digunakan untuk memotong sayur atau daging, namun pisau juga boleh diguna untuk membunuh. Senapang diguna untuk mempertahankan diri atau memburu, namaun ada yang gunakannya untuk merompak. Everything has its two side of the coin.

Setiap manusia juga dilahirkan bersih dan diberi didikan. Maka setelah dewasa insan mempunyai kebebasan untuk memilih jalan mana yang ingin diikuti.

Jangan salahkan takdir. Akal fikiran telah diberi. Namun kebanyakkan kita gagal mengunakkannya. Ada yang kata hidup ini bagaikan satu perjalanan..menuju ke destinasi maka tempuh pelbagai halangan dan rintangan, berjaya mengatasinya dan sampai ke destinasi dengan selamat maka kita telah berjaya. Ada juga guna perumpamaan hidup sebagai satu pendakian menuju puncak kejayaan dengan pelbagai halangan dalam pendakian itu. Apa pun perumpamaan di ambil kejayaan dalam hidup menjadi kayu pengukur.

Adakah Kejayaan matlamat kehidupan kita?. ada yang akan setuju dan ada pula tidak akan setuju. kalau jawapan tidak setuju, maka akan timbul persoalan lagi..kenapa tidak setuju? Kejayaan di dunia fana ini shaja tidak menjadi kayu pengukur. Kejayaan duniawi boleh dicapai melalui jalan yang baik ataupun buruk.

Kejayaan terbahagi kepada kejayaan sementara didunia dan kejayaan kekal diakhirat. Yang mana satu hendak dipilih. Yang paling baik kalau boleh capai kejayaan dikedua-dua alam. Yang kedua kejayaan kekal di akhirat. Jangan mimpi saya nak kata ada pilhan ketiga. Tiada pilhan ketiga. Kerana Kejayaan duniawi hanya sementara. Ada kawan saya pernah kata " alaaaa, yang akhirat tak nampak, life is too short let us enjoy man". Inikah jawapan anda?

Saya tulis bukan kerana saya amat baik. Saya bukan malaikat (I'm not an angel). Saya pun bukan seorang ustaz atau imam. Saya seorang insan biasa. Tetapi setiap kali saya menulis saya sedarkan diri saya. Kadangkala saya menulis sesuatu kerana saya telah melaku kesalahan dalam hidup. Selain memohon ampun maaf Allah maha esa, saya menulis dalam blog supaya pembaca jangan meyimpang daripada matlamat hidup.

Sekarang jawapan kepada soalan asal saya. Kenapa kita hidup? Kita hidup ini kerana membawa tanggung jawab berat untuk taat setia kepada Allah maha esa, pencipta segala alam dan makluk termasuk you and me. Great-great2 grandfather dan grandma kita Adam dan Hawa made a mistake dan telah diampun Allah. Kita keturunannya..adakah kita pun mahu continue making mistakes in life. Kita amat bernasib baik Allah beri buku panduan, Kitab suci Al-Quran, untuk mengemudi hidup kita di dunia ini. Sama-sama kita gunakan panduan ini untuk mencapai kejayaan didunia dan akhirat. Amin

Doaku
"Ya Allah, ambil segalanya dariku, tapi jangan ambil Islam dariku"

No comments: