Sunday, November 14, 2010

Perangai Lelaki......

Dlm entry kali ini saya dah berjanji pada diri saya akan tulis pasal perangai lelaki.... I bukannya hiprokrit. kalau lelaki bersalah, i akan kata lelaki bersalah. Kalau perempuan salah, i akan kata perempuan salah. Dalam entry yang lepas, i tulis mengenai perangai perempuan yang negatif supaya perempuan insaf dan memperbetulkan diri. kalau saya tulis semua yang indah dan baik pasal perempuan tak berguna juga. i harap semua faham tentangnya. Sebab ada golongan perempuan yang emotional selepas membaca tulisan saya. Be cool.....

Kali ini pula semua perangai negatif lelaki saya akan tulis supaya lelaki pulak insaf dan memperbetulkan diri. Jgn pulak ada yang beremosi dan mengamuk kat saya.

Ini adalah blog. Semua mempunyai hak untuk memberi pandangan dan setiap insan mindanya berbeza. kalau semua manusia fikirannya sama..maka amanlaaa dunia ciptaan Allah. Sekarang balik kepada cerita lelaki......

Lelaki adalah manusia pertama ciptaan Allah di bumi ini. Hawa pula dicipta dari tulang rusuk Adam sebagai teman di Bumi. Citer selanjutnya semua tahu tak payah i tulis.

Lelaki ini kaum yang mempunyai Ego yang tinggi. Dia org ini species yang tak mengalah dgn mudah walaupun mereka itu tak benar. bak kata org tua" cuba menegakkan benang yang basah". satu contoh jelas adalah lelaki yang mandul tetapi salahkan isteri kerana tak dapat lahirkan anak.

Lelaki juga panas barang. Menggunakan cara yang sudah lapuk dalam mendidik anak. garang bukan saja dengan anak bahkan dengan isteri. tetapi bukan semua lelaki begitu ada juga lelaki yang cool dan gentlemen.

Lelaki juga kadangkala kaum yang tidak megenang budi isteri....selalu anggap dirinya champion rumahtangga. langsung tidak menghargai sumbangan si isteri. Ada kata2..."dibelakang kejayaan setiap lelaki ada seorang wanita (samada isteri atau ibu).

Ada juga lelaki yang tidak bertanggungjawab. Lepas kahwin atau dapat anak...dibiarkan begitu sajer. Keruntuhan rumahtangga biasanya berpunya drp ketidaksefahaman antara suami dan isteri. Gejala cerai berai juga adalah penyebab utama banyak masalah sosial dan jenayah.

Sebagai kesimpulan lelaki dan wanita sama2 ada kebaikan dan kelemahan diri. Sama2lah kita saling bantu membantu, maham memahami, berkerja sama sebagai satu pasukan dalam rumahtangga...supaya keluarga bahagia akan pastikan anak2 berjaya.

No comments: