Pengorbanan bermakna melepaskan atau kehilangkan seuatu dengan rela hati. Berlaku pelbagai pengorbanan dalam kehidupan seharian kita yang dibuat oleh seseorang. Pengorbanan wujud sejak umat manusia dicipta di dunia ini. Antara Pengorbanan yang terdapat adalah:
Pengorbanan untuk agama. Hari Raya Aidil Adha juga di kenali dgn Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban yang diperingati dengan menyembelih kambing, lembu atau unta dijalankan sebagai kenangan atas pengorbanan haiwan oleh nabi Ibrahim as setelah beliau pasrah menyerahkan anaknya sendiri kepada Tuhan. Pengorbanan ini kita simbolkan dengan pengorbanan harta, masa, tenaga, pangkat kedudukan dan sebagainya melalui ibadah yang diamalkan pada Hari Raya Aidiladha. Kita berkorban wang ringgit untuk bersedekah haiwan korban kerana Allah. Juga mengorbankan tenaga untuk bergotong royong menguruskan pengagihan daging korban. Kita mengenepikan soal pangkat kedudukan, hidup bermasyarakat dalam keharmonian semangat bekerjasama, gurau mesra dalam ibadah persaudaraan, dan melibatkan anak-anak kecil serta muda untuk mengambil bahagian dalam masyarakat.
Semoga sempena Hari Raya Korban ini, kita dapat bersama-sama mengambil pengajaran kisah di sebalik sejarah keImanan para nabi dan melibatkan diri dengan nikmat hidup bermasyarakat.
Kita juga mesti ingat kepada Pengorbanan ibubapa...pengorbanan seorang ibu yang bersusah payah tidak menghiraukan penat lelah membesarkan anak2 mereka. Ayah pun sanggup bersusah payah mencari nafkah untuk menyara keluarga yang tercinta.
Kita mesti sanjung Pengorbanan Pejuang negara yang sanggup mengadaikan nyawa mereka untuk memastikan kedaulatan negara dan kebahagian rakyatnya.
Seseorang juga boleh buat Pengorbanan cinta.. seorang kekasih yang sanggup undur diri demi kebahagiaan keluarga dirinya ataupun keluarga kekasihnya serta juga untuk masa depan kekasihnya.
Kita juga harus berterima kasih kepada Pengorbanan pekerja.. walaupun sesorang pekerja berkerja untuk mendapat gaji bulanan tetapi ada juga pekerja yang sanggup berusaha lebih mengorbankan diri untuk organisasi atau pun firmanya.
Pengorbanan adalah sesuatu yang sukar dilaksanakan oleh umat manusia. Manusia mementingkan diri sendiri. Manusia tidak ingin menyusahkan dirinya. Pengorbanan selalunya adalah menyakitkan dan amat pedih untuk ditanggung. Oleh sebab itu, kita mesti sanjung mereka yang sanggup mengorbankan diri untuk kebahagian orang lain.
2 comments:
berkorban apa saja
harta ataupun nyawa
itulah kasih mesra
sejati dan mulia......
kepentingan sendiri tidak diingini
bahagia kekasih saja yg diharapi
berkorban apa saja
harta ataupun nyawa
itulah kasih mesra
sejati dan mulia......
untuk menjadi bukti
kasih yg sejati
itula tandanya jika mahu diuji
berkorban apa saja
harta ataupun nyawa
itulah kasih mesra
sejati dan mulia......
(u citer pasal qorban..terus i teringat kat lagu ni)
thanks ingat kat i tentang lagu evergreen tuu.... P ramlee...
boleh kita tanya diri kita apa yg kita telah korban setakat ini
Post a Comment