Monday, November 15, 2010

Pakaian.....mencerminkan peribadi?

Memulas otakku memikirkan topic yang harus ditulis, tergerak hati kecil ini untuk membicarakan tentang PAKAIAN. Saya buksnlah pakar fesyen, sajer kongsi pendapat. Harap topik ini tidaklah sekontroversi topik perangai wanita. Orang kata pakaian mencerminkan peribadi seseorang. Zaman dulu orang pakaian untuk menutup bahagian penting organ seks ajer. Lama2 kelamaan menutup aurat. dalam Islam wanita wajib menutup aurat dan hanya yang muhrim dapat bersalam dengan wanita menyentuh kulit wanita. Of course, suami dapat melihat yang semuanya.

Balik kepada Pakaian... pakaian wanita di zaman modern ini menjadi fesyen dan gayahidup. Yang kaya akan menghiaskan diri dgn pakaian yang mahal. Ada yang tertutup habis..purdah, ada yang hanya mendedah muka nya sahaja, ada pula yg tidak pakai tudung dan yang leih modern memakai pakaian yang menunjukkan kaki dan peha. Yang lebih seksi akan mendedahkan lebih banyak bahagia tubuhnya. Apa-pun pakaian adalah hak masing2 bukan saya nak buat penilaian yang mana baik dan yang mana buruk. Menilailah diri sendiri.

Lelaki pun sama juga, yg memakai jubah, ada yang berseluar dan baju...dan yang modern dengan seluar pendek dan t-shirt serta selipar ajer.

Yang menjadi persoalan adalah jenis pakaian yang dipakai dan warna yang dipilih. Ada yang memakai apakai tak kena warna dengan kulitnya. Ada yang memakai warna terang dan pulak itu kombinasi warna berlaian yang tidak sesuai langsung contojnya warna hijau lawan merah terang atau kuning lawan dgn unggu dan sebagainya.


Sepakara lagi di zaman modern ini harus juga peka dan tahu, pakaian apa yg harus dipakai dimajlis yang berlainan. kalu gi masjid baju mealayu dan songkok dan juga majlis perkahwinan. Batik untuk majlis makan malam. Kot dan sut ke majlsi perasmian dan majlsi rasmi yang lain. kalau di tepi pantai bolehlaa berseluar pendek dan t-shirt. Manakala kalau pergi shopping atau menonton movie bolehlaa casual dgn seluar jeans serta t-shirt atau baju lengan pendek. Ada juag manusia yangs ering memakai pakaian yg tidak sesuai dgn majlis. Sebagai contoh pergi shopping dengan memakai baju kurung.


Memang hak individu untuk memakai apa sajer dan warna kesukaannya. Orang lain boleh kata apa sajer tetapi hak masing2 untuk mengenakan pakaian kegemarannya. Asa juga manusia yang kata apa pedulikan orang lain, ini tubuh akau,,,suka akulah nak apaki apa pun. Malah yang ekstrem akan kata kalau aku nak telanjang apa orang lain kisah.

Yang saya ingin menegaskan disini ialah kita hidup bermasyarakat. Masyarakat memerhatikan kita. Saya tahu kita berpakaian bukan nak memuaskan hati masyarakat. Tapi masyarakat akan bersuara dan akan membberi implikasi kepada diri kita juga.

No comments: