Sunday, November 7, 2010

Isteri....

Bila tulis pasal perempuan ada follower blog ini suruh saya tulis pasal WIFE (ISTERI). so supaya tak menghampakan pembaca kali ini saya tulis pasal wanita bernama isteri.

Isteri merupakan gadis atau wanita tarafnya sudah mempunyai ikatan dengan seorang lelaki melalui perkahwinan. Ini secara rasmi, ada juga zaman sekarang yang tak berkahwin tetapi tinggal bersama sebagi suami isteri. Mereka biasanya bercinta ataupun pilihan ibubapa terpaksa jadi suami isteri.

Tanggungjawab dan tugas seorang isteri adalah amat berat. Isteri harus jaga suami dan sebagai ibu kepada anak2 terpaksa jaga anak2. Di samping itu, sebagai anak kepada keluarganya sendiri harus menjaga ibubapanya dan sebagai menantu pula harus menjaga hati mentua. Manakala sebaga pengurus rumahtangga (kadangkala isteri kenali home manager tau home minister. Isteri juga terpaksa melayani semua kerenah seorang suami selain menyediakan makanan dan meguruskan pakaiannya, dia juga harus memuaskan nafkah batin seorang suami. Bila mengandungkan anak, terpaksa menanggung segala kesakitan disamping menjaga anak dalam kandungan lahir dengan selamat. Membesarkan seorang anak dari baby, hingga remaja dan seterusnya bekerja dan berkahwin, seorang isterilah yang akan memainkan peranan penting supaya semuanya berjalan dengan lancar. Sekiranya seorang anak sakit isterilah akan menjaganya hingga dia sembuh.Tambah2 di zaman sekarang seorang isteri selain menjalankan semua tanggungjawab berat tersebut di atas juga terpaksa keluar berkerja membantu suami mencari nafkah supaya institusi keluarga lebih kukuh dan berjaya.

Bagi diriku seorang isteri bagaikan Lilin membakar diri menerangi hidup semua orang dalam sebuah keluarga.

Setelah kata2 baik di atas, ada juga isteri yang tidak setia kepada keluarga. Isteri yang meninggalkan tanggungjawabnya, lari daripada rumah, anak entah kemana dan suami kemana...tetapi ini jarang berlaku. Dalam seribu satu. Biasanya yang menimbulkan masalah adalah suami. Saya cakap begini bukan untuk menyenangkan hati sesiapa tetapi satu kebenaran.

Isteri pun ada banyak Kategori isteri....

isteri mithali
isteri penyayang
isteri jalang
isteri main kayu tiga
isteri kontrol (queen control)
isteri lemah lembut
isteri garang
isteri rock
isteri kampung
isteri kolot
isteri modern
isteri material
isteri maharaja
isteri penakut
isteri pertama
isteri kedua
isteri ketiga
iseri berpangkat
isteri kaya
isteri kedekut
isteri solehah
isteri muda
isteri tua
isteri cantik
isteri model
isteri curang
isteri ganas


wow banyaknya jenis isteri...masih banyak lagi kategorinya.......
walau apa pun, isteri bagi saya adalah orang paling penting dalam keluarga. Dia penentu kejayaan sesebuah keluarga. Dia mainkan peranan menarik semua tali ikatan persaudaraan menjadi satu. Dia menguruskan rumahtangga suami dan anak-anak. Anak2 menjadi orang berguna kelak adalah atas kebijaksanaan seorang isteri. Suami kebanyakannya habis masa diluar rumah manakala isteri yang menghabiskan masa dirumah. Isteri tahu segala masalah dalam rumahtangga. Iaterilah pendidik untama anak-anak. Anak-anak pun ingin berkongsi masalah dengan isteri/ibu dan bukan dengan suami/ayah. Ayah biasanya garang dan tidak mempunyai masa untuk berbual dgn anak2.

Isteri yang baik, setia, bertanggungjawab dan penyayang akan pastikan rumahtanga berjaya. Segala doaku kepada mu wahai insan bernama ISTERI.

6 comments:

seorang perempuan said...

~ kalau isteri tu main kayu 3...dayus tak the suami sbb x ceraikan si isteri? (sekadar bertanye)

ceteris paribus said...

kalau suami tahu dia mesti ambil tindakan yang pasti ceraikan isterinya.

Anonymous said...

isteri penyabar tak disebut..kejayaan seorang anak adalah berkat kesabaran seorang isteri...dari mengandung, melahirkan sehinggalah membesarkan..kesabaran seorang isteri terhadap suami kadang2 di perlekehkan oleh sang suami...sebab tu isteri yg kena madu kesabarannya pada tahap maksimum dan di atas kesabaran itu ke syurgalah isteri itu...renung2kan...anda isteri yg mana satu dan bagaimana ciri2 isteri anda...

ceteris paribus said...

walau suami atau isteri kedua-duanya perlu sabar. allah sudah bersabda Kesabaran itu separuh drp keimanan. Manusia selau fikir dia yg sengsara dan dia yang memikul beban. Manusia lupa orang disebelah sana juga memikul beban. Malah bebannya munkin lebih berat. Setiap insan mempunyai masalah. Kita hidup ini mesti adalah masalah, bagaimana kita tasi masalah dengan penuh kesabaran itulaa membawa kita kepada kejayaan. Isteri...bagaikan i kata menerangi seluruh keluarga maka mesti memiliki kesabaran yg tinggi.

Anonymous said...

Isteri/ibu amat penting bagi kesejahteraan keluarga, seperti yang telah dikatakan- isteri yang baik, setia, bertanggungjawab dan penyayang akan memastikan kejayaan rumahtangganya . Pada zaman sekarang, kebayakan wanita yang bergelar isteri/ibu terpaksa bekerja untuk menampung perbelanjaan keluarganya yang semakin tinggi. Di pejabat, adakah penting bagi majikan untuk memahami keperluan/tanggungjawab yang perlu dipikul oleh si isteri/ibu itu? Apa pandangan anda?

Anonymous said...

Interesting!