Hari ini Jumaat, 7 Januari 2011, sudah 5 hari aku memasuki pejabat baru dengan PA baru dan PAR baru tetapi driver lama. Suasana agak senyap sunyi di Tingkat 10 berbanding tingkat 9 yang selalunya penuh lively. Saya selau kata; the higher you move the lonely you get. Kata-kata itu benar kerana kawan seharian makin berkurangan. kalau mahu kita harus mencari kawan.
Di tingkat 9 aku harus memikir memerah otak, tetapi disini kurang fikir tetapi membuat keputusan strategik dengan pantas. Fail bertimbun-timbun masuk setiap hari, aku pantas bereskan semuanya. Dealing dengan syarikat swasta dan agensi bermacam-macam. Satu perkara ku perhati ramai yang cuba menegakkan "benang yang basah". Selalunya walaupun dipihak yang salah mereka cuba mengatakan yang mereka itu betul. Ada pula firma konsultan boleh ajer menyesuaikan penemuan-penemuan mereka mengikut kehendak client mereka tanpa mempedulikan kebenaran. So maka menjadi lebih rumit hidup ini bergelut dan berdebat dengan golongan seumpama ini.
Bagiku seperti biasa kepentingan negara mendahului segala-gala kepentingan lain termasuk individu atau syarikat.
Friday, January 7, 2011
Monday, January 3, 2011
Dugaan
Di pagi yang mulia tanggal 3 Januari 2011 ingin ku bicara tentang dugaan. Setiap insan dinamakan manusia akan melalui dugaan. Sekiranya ada manusia yang mengatakan beliau tidak pernah diduga maka itu adalah tidak benar sama sekali. Dugaan ada dari sekecil-kecil hinggalah yang besar. Dugaan berlaku semasa kita kecil hinggalah kita mati. Dugaan datang dalam pelbagai bentuk antaranya masalah penyakit, kekurangan wang ringgit, hasad dengki, tohmahan, musibah dan bencana.
Dugaan dalam Islam dikait rapat dengan kesabaran. Sebarang dugaan mestilah dihadapi dengan kesabaran. Tanpa kesabaran mungkin kita akan ambil tindakan yang kurang bijak ataupun lebih dasyat tindakan tidak waras. Sebab itu, dalam Islam kesabaran itu separuh daripada keimanan. Orang yang sabar menghadapi dan kalau boleh mengatasi dugaan adalah orang yang bijak dan disayangi allah.

Monday, December 27, 2010
Siapa saya?
saya mengelilingi rumah
kadang-kala nampak dari dalam rumah
saya tidak pernah jatuh ke dalam rumah
saya amat diperlukan oleh setiap penghuni rumah
siapa saya
kadang-kala nampak dari dalam rumah
saya tidak pernah jatuh ke dalam rumah
saya amat diperlukan oleh setiap penghuni rumah
siapa saya
Siapa saya?
saya datang sekali dalam sebulan
saya datang dua kali dalam sesaat
saya tidak akan muncul dalam berkurun
siapa saya
saya datang dua kali dalam sesaat
saya tidak akan muncul dalam berkurun
siapa saya
Bukan semua insan suka kita...
Manusia ini mcm2 perangai dan karakter. Ada yang open-minded, ada yang close-minded, ada yang boleh bergurau, ada yang serius 24 jam dan ada pulak yang kelakar 24 jam. Manusia akan pilih kawan yang dia suka. Kawan yang boleh dikongsi kegembiraan dan kedukaannya. Kawan yang serasi dengan nya.
Kalau ada orang kata semua org suka kat dia, itu adalah mimpi di siang hari. Biasanya ada org yg kita suka dan ada pula yang kita tidak suka. Begitu juga orang lain. Diantara mereka ada yang suka kita, ada yang tak kisah dan ada pula, yang tak suka kat kita.
Apa pun, yang saya ingin mengutarakan disini ialah bukan untuk semua orang suka kat kita. Kita pun tidak boleh mengharapkan orang suka kita. Mungkin yang jahat bagi kita adalah baik bagi orang lain. Yang elok bagi kita pulak tidak elok bagi mereka.
Sepekara lagi manusia selalu mempersoalkan orang yang jujur dan ikhlas. tetapi selalu kena tipu dek orang yang tidak jujur dan ikhlas.

saya sungguh enak
manusia suka saya
nak makan saya tak boleh
saya takder warna
saya takder rupa
siapa saya
manusia suka saya
nak makan saya tak boleh
saya takder warna
saya takder rupa
siapa saya
Saturday, December 25, 2010
Siapa saya?
saya dilahirkan besar
lama-kelamaan saya menjadi kecil
aku menjadi kecil kerana mu
lama-kelamaan aku hilang drp dunia ini
siapa aku
lama-kelamaan saya menjadi kecil
aku menjadi kecil kerana mu
lama-kelamaan aku hilang drp dunia ini
siapa aku
Subscribe to:
Posts (Atom)