Thursday, December 16, 2010

Siapa jepun tinggi?

seorang jepun tinggi dan seorang jepun pendek hendak melintas jalan
jepun pendek adalah anak kepada jepun tinggi
jepun tinggi bukan ayah kepada jepun pendek
jepun tinggi bukan ayah saudara jepun pendek
jepun tinggi bukan abang jepun pendek
siapa jepun tinggi?

Siapa saya?

saya tak dapat dilihat
tapi saya wujud
tak boleh di pegang saya
tapi boleh dirasa

saya bukan udara
saya bukan angin

kalau saya ada manusia gembira
siapa saya

Wednesday, December 15, 2010

Peribahasa lama...masih boleh diterima ker.....masih valid ker?

Masa kecil dulu walau di sekolah atau di luar sekolah kedengaran ungkapan peribahasa. Cikgu mahu pun orang kampung sering gunakan peribahasa dalam percakapan harian. Peribahasa begitu penting..kata nasihat, perli, sindiran, pengajaran, semangat dan kasih sayang. tapi semakin dunia maju jarang kedengaran orang guna peribahasa. Hanya kalu tengok drama purba atau teater.

Tapi saya bukan nak bicara tentang pengunaan peribahasa dalam kehidupan seharian. Apa yang ingin dibicarakan ialah tentang validity atau keboleh terimaan peribahasa lama yang setengah telah ketinggalan zaman dan perlu diperbaiki atau diubah mengikut peredaran masa.

Ingin saya bagi contoh:

1. Biar lambat asalkan selamat ... youngster sekarang kata
Biar Cepat dan pastikan selamat.

2. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit... pula ditukar jadi
Banyak-banyak cepat kaya

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.. pula diubah
Berat you pikul, ringan saya menjinjing

4. bara yang digenggam biar sampai jadi arang....... digubah jadi
Bara jangan digenggam celup air ajer jadi arang

Itulah antara peribahasa yang diubah suai. Jangan kata peribahasa dijahanamkan. Orang muda zaman sekarang pendapatnya perlu didengar jugak. Peribahasa dicipta lama dulu sekarang zaman sains teknologi....banyak yang berubah.

Apa kata para pembaca budiman....masih valid peribahasa lama?

Tuesday, December 14, 2010

harta..pangkat...kemewahan

Malam ini tergerak hendak tulis pasal harta...pangkat dan .kemewahan. Manusia di dunia ini kejar mengejar mencari ketiga-tiganya. Begitu penting kerana ketiga-tiganya saling kait mengait.

Pernah juga salah seorang orang insan yang saya hormati berkata bagi lelaki berhati-hati tentang tiga TA iaitu harTA, waniTA dan takTA. Ketiga-tiga atau salah satu daripadanya boleh menjatuhkan seorang lelaki, jikalau jalan salah yang digunakan.

Nasihatku gunakan jalan yang benar untuk mencapai kejayaan dunia. Jangan sakit hati pada orang lain. Kalau orang lain maju itu rezeki dia. Kalau kita tidak berjaya, kita harus berusaha dijalan yang benar. Kalau tidak berjaya juga maka itu rezeki kita. Syukur dengan apa yang ada.

Tetapi manusia tidak begitu. Kalau cakap pasal agama berkobar-kobar. Bila pasal pangkat dan harta,,agama entah kemana. Lupa diri fitnah memfitnah serta menipu untuk mencapai kejayaan dan seterusnya kekayaan.

Ingatlah semua dan diriku jua...kekayaan, pangkat dan kemewahan dunia ini hanya sementara. Yang kekal akhirat. Sekali lagi...ingat wahai kawan dan sahabat serta diriku jua.

siapa saya

saya ada satu kepala
saya ada satu tangan
saya tak boleh berjalan sendiri
saya tak boleh bergerak sendiri

saya sangat berguna
disemua rumah saya ada
orang guna saya setiap hari
saya bukan manusia
saya bukan binatang

siapa saya

Sunday, December 12, 2010

Stubborn

Today, i feel like talking about one of the human characters i.e. stubborn. Stubborn means a person with fixed or set in purpose or opinion. Some of the synonyms to stubborn are contrary, intractable, refractory, unyielding, headstrong, obdurate and persevering.

In daily life we come across all kind of people with this kind of characters from kids to adults and even our wife, husband, mother, father or grand mothers and grand fathers. They won't change or move away from certain decision they have made. If they want something they will go all out to get it. Even if we try to explain that certain things are impossible, still they will pursue that they want it. More hurting us, is when they are in the wrong, they won't admit. Its like inborn in them, running in their bloodstream those kind of actions. Do they realize that they hurt other peoples' feelings. What does religion says about stubborness, surely religion discourages its ummah to be stubborn. are there stubborn person in your family of working place. How do you tackle them? Bagaimana anda menghadapi orang yang keras kepala?

Tuesday, December 7, 2010

Pelbagai Perasaan Manusia

Manusia ini memiliki pelbagai perasaan. Perasaan boleh jadi yang baik atau yang tidak baik. Antara yang wujud dalam diri adalah perasaan sayang, suka, duka, benci, marah, sedih, cemburu, gembira, syok, sangsi, ego dan banyak lagi.

Perasaan gembira (happy) biasa timbul bila kita capai sesuatu kejayaan atau menyambut perayaan atau majlis hari jadi. Perasan suka (like) kepada orang yang kita sayang dan benci (hate) kepada yang kita tidak suka. Perasaan cemburu (jealous) kepada orang yang menjadi pesaing kepada kita atau orang yang kita sayang rapat dgn org lain. Sangsi (sceptical) kepada seseorang samada dia mapu buat sesuatu atau seseorang cakap yang benar. Ego pula perasaan yang aras megah dan pandang rendah kepada orang lain.

Kenapa saya tulis pasal perasaan. Kerana manusia ini pelik ia memiliki semua perasaan tersebut di atas. Perasaan seseorang akan berubah-ubah. Ada manusia satu dalam seribu atau sejuta yang perasaannya tidak berubah sentiasa ingat baik tentang semua insan. Boleh disamakan dengan malaikat (angel). Ada juga manusia yang sentiasa dengki dan jealous pada orang lain. Manusia seumpama ini bolehkah dikategori sebagai syaitan (satan).

Manusia tidak salam mempunyai perasaan kerana mereka memang dikurniakan dengan perasaan. tetapi kurangkanlaa dengki, marah, ego dan lain perasaan yang tidak baik. Setipa kalai terlintas dihati sesesuatu yang tidak baik, cuba ingat kepada Allah (God). Think of GOD, God will eliminate all bad feelings in your heart. Always think of good things.

I pun bukan malaikat. I'm not an angel. Human being like everyone of you. I do make mistakes but no feelings of hatred. Sometimes, i'm angry but its because I want something good for others or the nation but something else was decided. Angry doesnt always should be related to negative attitude. If you scold somebody or angry with him/her may be in reality you want the person to improve or to be better.

Even when writing this entry my feelings is that i will be able to improve the feelings and attitude of some of the readers.